Pengikut

Rabu, 11 April 2018

Perkembangan Adat Perkahwinan Kaum Iban

     
Umunnya, perkembangan dalam adat perkahwinan kaum iban dapat dilihat jika kita menyelami buku-buku kemasyarakat dan sejarah iban. Pada masa dulu, masyarakat iban amat memilih menantu dalam usaha menentukan soal jodoh anaknya terutama yang masih bujang. Ibu bapa mereka hanya memilih menantu dari golongan gadis-gadis yang pandai bertenun, pandai ngebat, dan pandai nyunkit kain pua sahaja. Ini bermaksud bahawa seseorang gadis itu wajid mempunyai kemahiran dan kepakaran luar biasa dalam menenun kain pua sebelum dijadikan menantu. Namum begitu, terdapat berlaku sedikit perkembangan dalam adat tradisional perkahwinan kaum iban pada tempoh tahun 1945 hingga tahun 1970.
          Perkahwinan dalam suku kaum masyarakat iban dianggap agak unik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Hal ini kerana terdapat beberapa peraturan dan pantang larang yang dilakukan dan perlu dipatuhi sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri atau berkahwin. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban ialah perkahwinan yang mematuhi adat.  Pihak yang melanggar mana-mana adat tersebut akan dikenakan bayaran denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan atau pertanda-pertanda yang boleh menjejaskan kedua-dua pihak tersebut. Terdapat beberapa peringat tertentu dan adat yang perlu dipatuhi dalam perkahwinan suku kaum iban dalam tempoh tahun 1930 hingga tahun 1970. Antaranya, ialah adat merisik, adat meminang, adat bertunang, adat semasa majlis perkahwinan dan yang terakhir ialah adat selepas majlis perkahwinan.
          Pada tempoh tahun 1930 hingga tahun 1940 masyarakat iban lebih mengutamakan amalan adat tradisional dalam kehidupan mereka. Pada masa itu masyarakat iban yang tinggal di kawasan pendalaman terutamanya di kawasan hulu kapit masih mempercayai akan antu yang dikenali sebagai roh si mati atau semangat-semangat jahat tinggal di sekitar kawasan dan disekeliling mereka berada. Mereka juga percaya bahawa setiap pertanda dan bunyi-bunyi yang didengari mempunyai maksud yang tersendiri. Dalam tempoh tersebut, dalam sesebuah masyarakat iban yang kaya dan ternama, khasnya ibu bapa kepada anak bujang mereka amat memilih menantu dalam usaha memilih menantu dan soal jodoh anak lelaki mereka, kriteria utama ibu bapa mereka hanya memilih nenantu dari golongan gadis-gadis yang mempunyai kemahiran bertenun, ngebat dan nyungkit kain pua sahaja. Ini bermaksud bahawa seseorang gadis tersebut wajid mempunyai kemahiran dan kepakaran luar biasa dalam menenun kain pua sahaja untuk dijadikan menantu. Hal ini kerana, anak lelaki mereka merupakan keturunan orang iban yang kaya-raya, gagah berani sebagai pahlawan iban yang terulung yang telah memanggal banyak kepala musuh. Justeru itu, bakal isteri kepada anak lelaki mereka hendaklah seseorng yang memiliki paras rupa wajah yang cantik, berhemah tinggi, sopan, rajin, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran dan pakar dalam menenun kain pua
          Dalam budaya masyarakat iban, anak lelaki yang berani harus dijodohkan dengan anak gadis yang pakar menenun kain pua sahaja. Jika tidak ia dikatakan tidak sama sepadan. Faktor ini dipengaruhi oleh situasi apabila si suami pulang daripada ekspedasi memenggal kepada musuh atau dikenali sebagai ngayau dalam bahasa iban maka kepala musuh perlu disambut oleh isterinya sahaja dengan menggunakan kain pua yang ditenun sendiri.
          Oleh itu, ibu kepada anak lelaki orang iban sering kali mengungkapkan ungkapan berbunyi ”‘ngiga indu dara ambi ka menantu ia tau telepong ka ai ngena tampuk lemba” yang bermaksud hanya mencari gadis iban yang memiliki kepakaran luar biasa menenun, dan banyak menenun kain pua sahaja layak untuk menjadi menantu mereka. Diibaratkan kalau tali lemba itu dibuang ke sungai, maka air sungai itu terus dipenuhi dan dibanjiri atau bertakung, seperti sebuah empangan, iaitu air di dalam sungai itu tidak dapat mengalir lagi kerana telah ditakungi atau dipenuhi oleh tali lemba yang digunakan oleh gadis tersebut untuk mengebat kain pua kumbu mereka. Hal ini menunjukkan betapa pandai dan mahirnya gadis itu menenun kain pua kumbu mereka sendiri.
          Gadis tersebut harus mahir dan pakar mengebat kain pua kumbu, pakar menenun kain pua pilih, dan pakar menenun kain pua sungkit. Sekiranya gadis itu pandai menenun pua, barulah keluarga pihak lelaki itu sudi masuk meminang si gadis yang mempunyai kemahiran dan kepakaran ini untuk dijadikan sebagai menantu mereka. Pada zaman dahulu, tiap-tiap hari wanita iban mencari daun lemba di hutan untuk mengebat kain pua kumbu kerana keadaan ini untuk menunjukkan kerajinan dan kesungguhan mereka menenun kain pua. Jika tidak pandai menenun kain pua, tiada siapa yang akan sudi meminang anak gadis tersebut dan tiada siapa yang sudi untuk bermenantukan gadis berkenaan. Menurut kata orang iban “indu malas enggau orang penetak manoh penyadong lauk” yang bermaksud gadis yang pemalas dan tidak mahir memenun kain pua, sering kali menjadi buah mulut dan dikecam oleh orang di rumah panjang itu.
          Nilai bermuafakat, bergotong-royong, saling bantu-membantu dan berkerjasama dapat dilihat semasa menguruskan sesebuah majlis perkahwinan. Mengikut tradisi, pihak lelaki seharusnya berjumpa dengan pihak perempuan dan mengemukakan cadangan tentang soal perkahwinan. Pada peringkat awal, rombongan kecil-kecilan yang terdiri daripada 6-15 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara yang terdekat sahaja atau bebungan ka jako yang bermaksud merisik dan melamar akan menemui pihak perempuan di rumah panjang terbabit. Dalam konteks ini, kalau pihak perempuan setuju, seterusnya akan dihantar perutusan atau wakil khas yang berikutnya, nanya indu, iaitu rombongan yang datang meminang perempuan tersebut bagi menentukan sama ada perepuan itu setuju ataupun tidak. Sekiranya bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh perkahwinan berlangsung. Lazimnya, majlis perkahwinan sering kali diadakan di rumah panjang pengantin perempuan. Dalam hal ini, pihak lelaki tidak dibenarkan untuk hadir sama ada semasa merisik, bertunang mahupun semasa hari perkahwinan itu dilangsungkan. Keadaan ini menunjukkan bertapa uniknya dan istemewanya adat suku kaum iban jika berbanding dengan kaum-kaum lain. Biasanya majlis perkahwinan itu akan dijalankan di rumah panjang pengantin perempuan.
          Semua ahli pengantin lelaki biasanya akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dengan membawa pelbagai barangan keperluan tersebut. Namun begtu, terdapat satu perkara yang unik tentang perkahwinan kaum iban, bahawa bakal pengantin tidak pernah bersemuka sebelum ini sehinggalah selepas majlis persandingan itu selesai, barulah mereka mengenal satu sama lain. Sebaik sahaja pengantin perempuan tiba di rumah panjang pengantin lelaki, pengantin lelaki tersebut tidak dibenarkan melihat pengantin perempuan. Oleh disebabkan itu, pengantin lelaki tidak sabar- sabar melihat paras rupa wajah isterinya,maka mereka hanya berkesempatan untuk mencuri-curi menghendap melalui celah-celah dinding atau celah-celah papan rumah panjang tersebut. Dalam adat menikah kaum iban, orang iban amat mementingkan akan keselamatan nyawa pengantin perempuan daripada sebarang ancaman semangat jahat yang dikenali sebagai antu oleh kaum iban. Justeru itu, semasa dalam perjalanan membawa pulang pengantin perempuan ke rumah panjang pengantin lelaki. Anggota badan pengantin perempuan tersebut perlu dilindungi dengan kain pua kumbu, iaitu kain pua digantung menyerupai bumbung di atas perahu yang digunakan untuk mambawa pengantin perempuan tersebut. Ia bertujuan bagi menjaga, mengawal, dan melindungi keselamatan pengantin perempuan daripada diganggu oleh semangat-semangat jahat yang dapat menjejaskan perkahwinan tersebut. Begitu juga perkara yang sama dilakukan jika pengantin dibawa menggunakan jalan darat, iaitu pengantin perempuan ditudungi dengan kain pua yang dibuat dalam bentuk payung semasa dalam perjalanan ke rumah panjang pengantin lelaki tersebut.
          Dalam budaya masyarakat iban, sebelum upacara perkahwinan yang sebenar dilangsungkan, isu nguai atau ngugi, iaitu dengan keluarga dan tempat pasangan itu akan tinggal kelak adalah wajid diselesaikan terlebih dahulu. Isu nguai atau ngugi amat penting dan hendak diselesaikan secepat yang mungkin supaya dapat menggelakan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan diantara kedua-dua buah ahli keluarga terbabit di masa depan. Dalam tradisi kaum iban, anak lelaki sulung dalam sesebuah keluarga harus membawa isterinya tinggal bersama-sama dengan keluarga asalnya dan beliau harus bertangungjawab menjaga dan memajukan keluarga yang didiaminya. Hal ni amat penting kerana anak lelaki sulung biasanya yang akan menjaga ibu bapa mereka. Anak sulung mereka merupakan perwaris hak milik harta dan tanah pusaka keluarga mereka. Contohnya ialah senapang, tanah adat, tanah kebun, rumah, tanaman, ilmu,  dan harta benda yang lain malah hantu perjaga yang dikenali sebagai saka yang diwarisi oleh datuk nenek moyang mereka secara turun-temurun. Pada masa dahulu, suku kaum iban kaya dengan ilmu perubatan dan ilmu-ilmu ghaid yang diperoleh dari semangat atau roh-roh si mati yang baik. Bukan semuanya semangat-semangat itu adalah jahat malah ada juga semangat-semangat yang baik dan ingin membantu dengan memberi ilmu kepada seseorang individu individu. Naman begitu, setiap ilmu tersebut haruslah dipiring yang bermaksud disembah untuk memastikan ilmu atau barangan tersebut masih mujarab.
           Dalam menguruskan hal perkahwinan, mereka saling bertolak ansur dalam pelbagai urusan, iaitu satu pihak harus mengalah dan menghormati kepada pihak yang berdasarkan keutamaan yang dipilih oleh anak keluarga terbabit. Biasanya keluarga yang mempunyai ramai anak akan mengalah dan menyerahkannya kepada keuarga yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Tujuannya adalah untuk memelihara dan mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian yang sedia ada dalam kalangan masyarakat iban. Selain itu untuk menjaga, memelihara dan memajukan keluarga tersebut pada masa depan
          Dalam tempoh tahun 1930 hingga tahun 1940 itu juga, terdapat satu adat yang amat unik untuk memilih bakal menantu di Kapit. Adat ini hanya diamalkan oleh sesetengah masyarakat iban sahaja di misalnya yang di kawasan pendalaman kapit. Pada masa dulu, keluarga orang iban yang kaya-raya memilih bakal menantu dengan cara “ indu tangkap indu berap” yang bermaksud membawa lari gadis tersebut dengan tujuan untuk dijadikan menantu, semata-mata untuk mendapatkan nama dan gelaran serta status sosial tertinggi dalam kalangan masyarakat iban. Kaedah indu tangkap indu berap ini hanya layak dilakukan oleh keluarga iban yang kaya-raya dan terpengaruh serta mempunyai status yang tnggi atau keluarga yang berada kerana mereka hanya ingin mendapatkan nama dan status tertinggi dalam masyarakat iban.
          Pada lazimnya, kaedah mendapatkan menantu dengan cara indu tangkap indu berap ialah dengan cara melarikan gadis itu tidak kira sama gadis tersebut sedang bangun tidur sambil membuka kelambunya, sedang mandi dan mengangkat air dari sungai, sedang berjalan ataupun menyidai pakaian di tanju iaitu bahagian ruang legar rumah panjang yang tidak berbumbung, ataupun tidak kira sama gadis itu setuju ataupun tidak. Kerja melarikan gadis tersebut biasa akan dilakukan pada awal pagi. Hal ini kerana pada awal pagi tersebut, orang di rumah panjang tersebut masih tidur dan masih gelap. Keadaan ini memudahkan kerja-kerja melarikan gadis tersebut dilakukan. Gadis itu dilarikan dengan tujuan untuk ngiga rita, ngiga nama yang bermaksud bukan untuk hamba abdi mahupun untuk dibunuh tetapi sebaliknya untuk dijadikan menantu untuk mendapatkan nama dan status tinggi dalam kalangan masyarakat iban. Dalam adat masyarakat iban, dengan berbuat demikian, keluarga tersebut akan memperolehi gelaran dan status baru bulih indu tangkap indu berap iaitu berjaya mendapatkan menantu cantik ataupun gadis cantik dan pandai menenun kain pua.
          Mendapatkan menantu dengan menggunakan kaedah ini merupakan perkara yang amat sukar untuk dilakukan kerana perlu melalui tiga proses utama, iaitu setelah, berjaya membawa lari gadis itu, kalau ia dilakukan di dalam bilik, maka keluarga lelaki tersebut perlu meninggalkan harta pusaka kepada keluarga gadis tersebut seperti bebendai yang bermaksud sejenis alat musik iban yang menyerupai gong. Hal ini untuk memberitahu bahawa anak mereka bukannya diculik untuk dijadikan hamba abdi atau untuk dibunuh sebaliknya menculik untuk dijadikan sebagai menantu mereka. Langkah seterusnya ialah apablla gadis itu tiba di kaki tangga rumah panjang keluarga lelaki, keluarga lelaki tersebut perlu menanggalkan sebuah gong. Langkah yang terakhir ialah apabila gadis itu tiba di tepian mandi, maka keluarga lelaki itu perlu meninggalkan antu pala iaitu tenggorak kepala musuh kepada keluarga perempuan. Namun begitu, keluarga pihak perempuan tetap mengejar mereka yang melarikan anak gadis tersebut sehingga mereka yang melarikan gadis tersebut berhenti untuk seketika untuk sama-sama setuju berbincang secara aman bagi mencari jalan penyelesaian. Kebiasaannya, keluarga kaya-raya, lelaki tampan, bujang dan gagah berani perlu dijodohkan dengan gadis yang cantik, berkemahian dan memiliki kepakaran luar biasa dalam menenun kain pua untuk membolehkan isterinya menyambut antu pala iaitu menyambut kepala musuh yang telah dipenggal.
         Walaupun gadis itu tidak bersetuju untuk dikahwini dengan anak lelaki mereka, namun begitu gadis tersebut tetap juga perlu dibawa balik ke rumah panjang lelaki tersebut. Hal ini kerana, untuk tidak memalukan dan menjatuhkan maruah kedua-dua buah pihak. Jika gadis tersebut dibawa menaiki perahu, perahu tersebut perlu dibumbungkan dengan kain pua kumbu untuk menudungi kepala gadis tersebut supaya gadis tersebut dilindungi, dijaga keselamatannya daripada diganggu oleh semangat-semangat jahat yang ingin mengancam nyawa gadis tersebut. Begitu juga apabila menggunakan jalan darat tapi harus dilindungi dengan payung yang ditudungi dengan kain pua kumbu. Setelah selamat sampai di rumah panjang keluarga lelaki tersebut, pada malam itu juga mereka dinikahkan. Sekiranya mereka bercerai, gadis tersebut pulang ke pangkuan keluarga asalnya sekiranya belum genap tujuh hari. Harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh keluarga lelaki kepada pihak perempuan perlu dipulangkan semula kepada pihak keluarga lelaki terbabit. Tetapi sekiranya mereka bercerai selepas tempoh genap tujuh hari, maka harta pusaka tersebut tidak perlu dipulangkan kepada pihak keluarga lelaki.
          Dalam tempoh  tahun 1945 hingga tahun 1970 terdapat berlaku perkembangan dari segi adat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan kaum iban. Dari segi adat merisik, Pihak keluarga lelaki akan membawa rombongan yang kurang daripada 6-15 orang yang terdiri daripada keluarga, wakil pihak lelaki dan saudara-mara keluarga tersebut. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan dan diputuskan oleh kedua-dua keluarga tersebut. Jika kata sepakat sudah diambil, ayah lelaki akan meninggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan anak mereka.
          Pertunangan ini tiada tempoh yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat iban adalah lebih baik sekiranya majlis perkahwinan dipercepatkan untuk memgelakkan benda-benda yang tidak diingini daripada berlaku. Contohnya berlaku kecurangan, bosan dan lain-lain perkara yang boleh menjejaskan pertunangan mereka.
          Manakala dari segi adat meminang pula, Apabila ibu bapa menerima perempuan mendapati risikan tersebut boleh dipertimbangkan. Mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusara yang diperbuat daripada tembaga ataupun dikenali sebagai cincin menann mimpi. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Tujuannya adalah adalah kerana tidak berlaku sebarang petanda buruk. Selain itu, untuk menggelakkan daripada ancaman semangat-semangat jahat yang ingin menjejaskan perkahwinan ini.
          Perubahan dari segi adat bertunang pula ialah sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan sudah dimiliki. Tarikh dan tempoh perkahwinan akan ditetapkan pada masa itu. Sekiranya salah seorang putuskan hubungan atau berkelakuan curang maka orang tersebut harus membayar denda sebagai menebus rasa malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Hal ini ini kerana, unuk menjaga maruah pihak keluarga yang telah dicurangi oleh pihak keluarga tersebut. Selain itu sebagai bayaran pampasan atas usaha dan tenaga yang telah digunakan untuk menguruskan urusan perkahwinan anak keluarga yang dicurangi tersebut.
          Semasa majlis perkahwinan, Pengantin masyarakat Iban, majlis perkahwinan memerlukan pelbagai persiapan yang perlu dibuat. Bagi pihak lelaki, mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barangan yang harus diberi kepada pengantin perempuan. Keluarga pihak perempuan pula membuat pelbagai persiapan termasuklah memasak ,memburu haiwan dan menyembelih haiwan yang telah diburu oleh pihak keluarga perempuan pada hari perkahwinan. Bagi mengundang tetamu, wakil bagi kedua-dua keluarga tersebut akan dilantik bagi menguruskan jemputan kahwin anak mereka. Wakli itu akan membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari perkahwinan itu akan berlangsung. Hal ini kerana pada masa dulu kaum iban tidak mempunyai kelender untuk mengetahui tarikh perkahwinan akan diadakan. Contoh, 7 utas tali bermakna perkahwinan tersebut akan diadakan dalam masa 7 hari ataupun seminggu. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu adalah tuai rumah. Tuai rumah bertanggungjawab membuka simpulan tali itu daripada tetamu-tetamu yang datang ke majlis perkahwinan tersebut.
          Selepas perkahwinan, setelah seleasi upacara menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki. Dalam sepanjang rombongan tersebut, perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan melalui upacara penyucian tadi. Pada waktu malam, pengantin akan diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialaskan oleh kain tenun atau kain pua kumbu. Semua orang yang berada di rumah panjang terbabit harus berkumpul bersama-sama di ruai tuai rumah kemaya orang kahwin nya yang bermaksud di rumah pihak keluarga yang menyambut atau mengadakan perkahwinan untuk bersama-sama menjadi saksi bahawa anak mereka akan sudah berpunya atau bersuami isteri. Tujuan utama untuk berkumpul bersama-sama di ruang rumah keluarga yang mengadakan perkahwinan adalah untuk memeriahkan sambutan perkahwinan anak mereka. Selain tu, juga saudara mara sama ada dari jauh ataupun dekat akan datang menghadiri majlis perkahwinan tersebut untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak buah mereka. Secara ringkasnya, majlis perkahwinan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, saudara-mara serta penduduk yang berada berdekatan atau berada di rumah panjang yang mengadakan majlis perkahwinan tersebut.
          Kemudiannya beberapa orang tua dijemput untuk berdoa dengan membiau menggunakan ayam. Tujuannya agar memohon agar tuhan yang dikenali sebagai petara dalam bahasa iban untuk memberkati dan perkahwinan mereka. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang yang bermaksud tukang sembelih akan memulakan upacara perkahwinan tersebut. Ayam yang diikat kemudiannya dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih akan diambil darahnya untuk disembah kepada pihak pengantin. Istiadat ini diakhiri dengan jamuan makan dan minum yang telah disediakan oleh pihak keluarga perempuan dan pihak keluarga lelaki tersebut.
          Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin pengantin lelaki, majlis seterusnya diadakan di rumah pengantin perempua pula. Sungguhpun mereka sah menjadi suami isteri tetapi mereka tidak boleh tidur bersama. Adat ini merupakan salah satu keistemewaan dan keunikan kaum iban pada tempoh 1945 hingga tahun 1970. Adat tradisi ini masih diamalkan sehinggalah sekarang kerana sesetengah masyarakat iban masih belum menganut sebarang agama atau kepercayaan. Suami akan tidur di ruang tamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ mempunyai maksud yang tersendiri sama ada baik atau sebaliknya. Contoh bunyi tersebut adalah bunyi burung, suara-suara antu yang dikenali sebagai suara roh si mati, mimpi dan bunyi binatang yang membawa maksud dan pertanda yang tersendiri. Kebanyakan masyarakat iban pada masa ini mengunakan bunyi-bunyi ini sebagai pertunjuk atau pertanda untuk membuat atau menjalankan sesuatu aktiviti. Contoh seperti memburu, menenun kain pua, dan sebagainya. Namun begitu, ada juga pasangan yang dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda yang buruk.

          Kesimpulannya, perkembangan dalam adat perkahwinan kaum iban di kapit sering kali berubah mengikut perkembangan masa. Pada masa kini, ramai masyarakat iban yang memeluk agama Kristian dan Islam telah menyebabkan berlakunya perubahan adat dalam perkahwinan individu tersebut. Perubahan ini menyebabkan adat perkahwinan tradisional kaum iban kian dilupai oleh generasi muda pada masa ini. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang menghargai adat dan budaya masyarakat iban, haruslah mengekalkan dan tidak lupa akan adat perkahwinan tradisional kaum iban supaya tidak ditelan zaman mengikut perkembangan waktu semasa. Hal ini kerana, adat perkahwinan tradisional suku kaum iban ini melambangkan akan keistemewaan dan keunikkan suku kaum iban berbanding dengan kaum-kaum yang lain di negara ini. Oleh itu, kita harus sentiasa belajar terutamanya subjek sejarah kerana melalui sejarah kita dapat mengetahui akan perkembangan, peristiwa yang terdahulu dan kisah-kisah yang  telah berlaku. Belajar subjek ini amat menyeronokkan kerana dapat mengetahui terutamanya adat perkahwinan tradisional suku kaum iban di Kapit di Sarawak.

MOTIF-MOTIF TATU MASYARAKAT IBAN

               Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah di bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Tatau, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama mereka masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Salah satu kaum yang cukup terkenal dengan keunikan tradisi mencacah tatu, pakaian tradisional, tarian tradisi turun temurun ialah masyarakat kaum Iban. Walaupun terdapat banyak perubahan dalam tradisi kaum ini namun terdapat satu yang umum iaitu tradisi mencacah tatu. Amalan mencacah tubuh atau bertatu menjadi amalan bagi orang Iban, aktiviti mencacah tatu ini telah lama diamalkan sejak berkurun dahulu iaitu sejarah tatu dikatakan bermula sejak zaman Neolitik 10 000 – 5000 Sebelum Masihi. Bukan itu sahaja, corak tatu di badan masyarakat iban di Daerah Tatau juga turut berbeza-beza. Hal ini demikian kerana, Perbezaan corak tatu ini bertujuan untuk membezakan status atau kedudukan bagi masyarakat iban di daerah Tatau. Bagi kaum iban pada zaman dahulu corak tatu mereka lebih berunsurkan flora dan fauna seperti bunga terung, burung kenyalang, naga dan banyak lagi, sebaliknya menjelang tahun 1955 hingga tahun 1965 corak tatu masyarakt Iban mula berubah kepada corak yang lebih moden berlandaskan dan selaran dengan kemajuan. Tatu ini juga menunjukkan keberanian dan pangkat seseorang, misalnya bagi kaum lelaki tujuan mereka bertatu ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka pernah terlibat dalam peperangan dan banyak pengalaman. Contohnya, golongan pahlawan kebanyakannya memiliki tatu di kepala hingga ke hujung kaki. Hal ini demikian kerana, melambangkan status sosial dan keberanian mereka dalam melakukan sesuatu perkara, misalnya mengikuti perperangan. Akan tetapi, pada masa Sekarang kaum lelaki bebas memilih untuk mencacah tatu tanpa perlu merantau atau mengikuti peperangan seperti yang dilakukan kaum lelaki masyarakat iban pada ketika dahulu. Seterusnya, bilangan tatu di badan juga akan ditentukan dengan jumlah kepala musuh yang di penggal dan di bawa balik daripada memburu atau lebih dikenali dengan ‘Ngayau’, kisahnya pernah diabadikan oleh penulis terkenal Barat, Carl Bock di dalam bukunya The Head Hunters of Borneo yang diterbitkan pada 1881. Manakala tatu yang penuh dibahu juga hanya diamalkan dikalangan lelaki sahaja. Hal ini demikian kerana, ia melambangkan tanggungjawab besar yang dipikul di dalam sesebuah keluarga. Sebaliknya lelaki yang tidak bertatu akan dianggap sebagai ‘telanjai’ atau bermaksud seperti rumah yang tidak mempunyai atap pada zaman dahulu. Tetapi pada masa kini amalan bertatu tidak lagi diwajibkan dalam kalangan orang lelaki masyarakat Iban di Daerah Tatau kerana amalan mencacah tatu telah berubah dan dianggap sebagai fesyen yang selaras dengan kemajun negara. Selain itu, terdapat sesetengah corak tatu yang dikhaskan untuk golongan pahlawan sahaja, sebagai contohnya tatu Ukir Rekung, tatu Bunga Terung, dan tatu Entegulun. Manakala bagi kaum wanita, mereka bertatu hanya untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam melakukan semua perkara dan sebagai darjah kecantikan mereka. Selain itu, dikalangan kanak-kanak yang berusia 10 atau 11 tahun, tatu akan dicacah menandakan mereka “baru lanjau” iaitu sudah bersedia untuk menyertai aktiviti buruan dan menjadikan mereka kebal. Meurut Sabang Anak Nyegang, iaitu penduduk Nanga Dong, Entabai Julau, menyatakan bahawa masyarakat iban gemar mencacah tatu kerana minat mereka terhadap gaya dan bentuk tatu yang diukir pada masyarakat iban yang sudah memiliki tatu. Bagi orang Iban iaitu masyarakat Dayak yang terbesar di Sarawak, tradisi mencacah tatu merupakan sebahagian daripada cara hidup mereka sejak berkurun dahulu yang diturunkan sehingga masa kini. Dalam kalangan masyarakat orang Iban di Daerah Tatau, tatu disebut sebagai Pantang atau Kelingai yang memainkan peranan yang penting dalam budaya masyarakat orang Iban di Daerah Tatau. Bagi msyarakat iban di Daerah Tatau, amalan mencacah tatu ini merupakan aktiviti suci yang menghubungkan orang Iban dengan orang duniawi (dua buah penduduk kampung yang selalu membantu orang Iban dalam kesusahan iaitu Panggau Libau dan Gelong). Antara orang-orang duniawi yang selalu muncul membantu orang Iban ini ialah Keling, Bungai Nuing, Sempurai, Singalang BurongKumang dan Lulong mereka akan membantu orang yang layak seperti pahlawan dengan memberikan mereka azimat dan pengaruh yang akan memberikan kekuatan serta keberanian kepada pahlawan tersebut. Azimat-azimat yang diberikan orang-orang inilah yang menyebabkan orang Iban sangat kebal dan berani semasa pergi memburu kepala. Selain itu, orang Iban yang telah dibantu atau termimpi pernah berjumpa dengan orang-orang duniawi ini mesti dicacah tatu supaya apa yang diberikan kepada mereka, misalnya azimat dinding bulu, batu melaban, batu ilau, batu lelayang dan yang lain-lain akan kekal dalam badan mereka sampai ke ajal mereka tiba.




                 tatu bunga terung


               Salah satu jenis tatu yang sering dilihat pada masa kini adalah tatu bunga terung. Ramai yang tertanya-tanya apakah maksud ‘bunga terung’ yang dicacah di bahu kanan dan kiri masyarakat iban. Tatu yang bermotif bunga terung tidak sembarangan dimiliki oleh semua kalangan masyarakat iban. Hal ini demikian kerana, Menurut catatan blog di Borneo Blog Jedrzej mengenai sejarah tatu Iban, Corak ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki apabila mereka sudah merantau ke tempat orang baru dan hanya orang lelaki sahaja yang boleh memiliki tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memikul sesebuah keluarga. Seterusnya, tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu kerana memberi kekuatan kepada bahu kerana semua aktiviti berat akan dipikul di bahu mereka, seperti contoh memikul bebanan sebagai anak lelaki kepada keluarganya. Di tengah tatu bunga terung pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat bagi mereka yang mengembara ke tempat yang jauh atau ke temat orang lain. Bagi masyarakat Iban di Daerah Tatu, seseorang yang memiliki tatu bunga terung di sekeliling pinggang biasanya lapan buah bemaksud orang itu sudah mempunyai banyak pengalaman dalam semua perkara misalnya sudah mengenali semua hidupan dan tempat selepas mengembara dan juga handal dalam ilmu perlawanan. Selain itu, maksud tatu bunga terung juga merupakan satu petanda mereka yang sudah cukup puas merantau dan menguasai ilmu pengetahuan. Di Semenanjung Malaysia, tatu secara umumnya dianggap lambang bagi kumpulan kongsi gelap atau sekadar suka-suka. Namun, bagi masyarakat Iban di negeri Sarawak ini, ia adalah lambang kelakian, kepahlawanan, kemenangan perang serta mengangkat status sebagai seorang lelaki. Bunga terung atau ‘Bungai Terung’ dalam bahasa Iban adalah antara motif yang begitu terkenal dari dulu hingga sekarang. Dahulu motif tatu bunga terung suku Iban ini sebenarnya pernah hampir pupus pada tahun 1970-an apabila ia digantikan dengan motif dari Jepun seperti singa dan naga sehingga perubahan corak tatu tersebut turut mempengaruhi pandangan orang awam mengenai tatu. Malah terdapat golongan tertentu mengaitkan budaya bercacah badan dengan aktiviti jenayah dan gengsterisme, walaupun pada hakikatnya di sini ia bukan begitu. Persepsi itu menyebabkan ramai di kalangan generasi muda takut mencacah tatu kerana bimbang sukar mendapat pekerjaan terutama dalam sektor awam. Justeru, tidak hairan ada yang menggunakan seterika panas untuk menghilangkan ukiran tatu di badan khususnya bahagian yang terdedah seperti lengan. Tatu sebenarnya seni warisan nenek moyang orang iban yang amat indah, namun sayangnya dicemari dengan imej gengster dan jenayah. Tidak semestinya memiliki tatu, anda seorang penjenayah yang dikehendaki, kata legenda tatu terkemuka Sarawak, Peter John Jaban kepada Utusan Malaysia semasa Pameran Tatu Miri di Dewan Suarah Miri. Beliau telah menyedari ada sesuatu yang tidak kena, beliau pada tahun 1998 telah mengambil inisiatif untuk mengukir motif bungai terung di badannya sendiri, walaupun masa itu merupakan era untuk motif naga dan singa. Katanya, tindakan menghidupkan semula ukiran tatu itu pernah dianggap gila, namun usahanya itu ternyata berbaloi apabila motif tatu itu bukan sahaja diterima oleh masyarakat tempatan, bahkan pelancong luar turut tertarik dengan keunikannya. Beliau yang merupakan penasihat kepada beberapa persidangan tatu di Borneo telah menyatakan dan menasihati orang awam supaya mengubah pandangan yang berunsur negatif terhadap tatu dan sebaliknya menerima ia sebagai satu seni dan fesyen. Kini semakin ramai golongan profesional seperti peguam, hakim bahkan doktor mencacah tatu pada badan mereka dengan corak ukiran yang unik. Perkembangan ini membuktikan yang tatu semakin diterima di kalangan masyarakat, katanya. Menyentuh Pameran Tatu Miri yang julung kali diadakan di sini, John Jaban berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai seni tatu dan mengekalkan motif tradisi, cara atau kaedah tatu pada zaman kini.




               Pada masa dahulu, jenis tatu yang dicacah pada leher juga sangat popular. Tatu yang terdapat pada leher biasanya berbentuk seekor kala, sayap kupu-kupu dan kepiting yang lebih kepada unsur alam dan keadaan persekitaran orang iban. Ukiran ini juga dipanggil Ukir Rekung dan tujuan tatu ini dibuat adalah untuk melambangkan perkembangan dari satu status orang biasa kepada status orang yang harus dihormati. Antara orang-orang yang berstatus perlu dihormati ialah ketua kampng, pahlawan-pahlawan yang sudah berburu dan panglima. Ini bermakna perkembangan status pada seseorang dapat dilihat berdasarkan tatu yang mereka cacah pada leher kerana bahagian kerongkong merupakan bahagian yang paling sukar untuk dicacah tatu dan ini dpercayai menguatkan semangat orang yang dicacah dengan tatu. Namun pada masa ini mencacah tatu pada bahagian leher tidak lagi diamalkan ini kerana disebabkan perubahan zaman dan juga tangkapan masyarakat telah berubah terhadap tatu yang dicacah pada leher tersebut.
               Selain itu, tatu Entegulun juga terkenal dalam kalangan masyarakat iban di Daerah Tatau pada tahun 1955 hingga pada tahun 1962. Hal ini kerana tatu ini berbeza dengan jenis tatu yang lain kerana tatu ini dicacah atau dibuat pada belakang tangan, penumbuk dan telunjuk. Seterusnya, tatu entegulun ini tidak boleh dibuat atau dicacah sebarangan walaupun orang itu perlu dihormati. Hal ini demilian kerana, tatu ini hanya boleh dicacah setelah seseorang itu berjaya membunuh dan memenggal kepala musuh dalam pemburuan kepala atau Ngayau barulah seseorang itu boleh mengukir ukiran itu pada belakang tangan, penumbuk dan telunjuk mereka. Selain itu, masyarakat iban yang mempunyai tatu entegulun juga menandakan seseorang itu telah menyertai kumpulan pemburu kepala. Walau bagaimanapun, hanya segelintir sahaja masyarakat iban yang berjaya dalam pemburuan kepala atau Ngayau ingin membuat tatu entegulun setelah berburu. Hal ini demikian kerana, mereka yang memiliki tatu entegulun ini akan diuji dengan ilmu hitam apabila melawat kampung lain kemudian setelah mereka balik dari memburu kepala masyarakat iban pada zaman dahulu akan meraikannya dalam satu perayaan besar-besaran dimana penduduk kampung yang berdekatan akan dijemput tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak untuk meraikan perayaan yang dikenali sebagai Gawai Encabuh Arung. Namun sejak tahun 1963 hingga 1965 dan pada masa ini masyarakat iban tidak lagi mencacah tatu entegulun kerana pemburuan kepala sudah dimansuhkan dan tidak diamalkan lagi.
               Seterusnya, bagi kaum wanita masyarakat iban pula mereka akan dicacah tatu pada bahagian jari, lengan, kaki dan paha sebagai lambang kedudukan sosial dan pencapaian mereka dalam melakukan semua perkara atau kerja seperti kemahiran menenun puak kumbu, menari atau lebih dikenali sebagai ‘‘Ngajat”, menyanyi, berpantun dan memasak. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai penghias diri dimana semakin banyak tatu dicach pada badan mereka ia bermaksud semakin cantik dan banyak pengetahuan mereka dapat dalam melakukan semua pekara. Bukan itu sahaja, bagi mereka pemilihan pasangan hidup samada lelaki atau perempuan juga berpandukan pada bilangan tatu di badan. Pemilik kedai tatu Borneo Native & Western, Robert Mayau, 44, berkata Ini kerana, semakin banyak tatu di badan semakin banyak kebolehan dan kemampuan yang mereka ada disamping dapat menarik minat pasangan yang melihat
               Corak tatu Lengan Ketam juga amat terkenal di kalangan masyarakat iban di Daerah Tatau dan diminati kerana keunikannya seperti simbol naga atu naga berkepala dua. Tatu ini dicacah pada bahagian lengan dan disertakan dengan corak perut naga yang berbeza-beza bergantung kepada mimpi yang dialami seseorang itu. Tatu ini membawa erti kekuatan pada bahagian belakang ketam untuk melindungi diri dari semangat jahat, pisau dan juga manusia. Selain itu, ia juga akan membantu dan menyelamatkan mereka yang memiliki tatu lengan ketam apabila mereka tersesat atau lemas di laut. Hal ini demikian kerana, masyarakt iban ketika itu mempercayai bahawa dewa-dewa laut seperti bunsu ketam, bunsu udang, bunsu ikan, dan sebagainya akan menyelamat dan membantu mereka apabila mereka menghadapi kesusahan. Pada masa dahulu mereka yang mencacah tatu ini telah meletakan ilmu sihir di dalam dakwat untuk melindungi diri daripada pisau yang tajam kerana ilmu sihir merupakan budaya lama orang Iban dan terdapat banyak kepercayaan bahawa terdapat semangat yang akan membantu pemilik tatu tersebut.
                Seterusnya, corak tatu etnik Iban ini telah berkembang mengikut saiz. Pada tahun 1920-an didapati corak tatu adalah bersaiz amat kecil dan sehinggalah pada tahun 1960 -an dan 197- an, telah dilihat bahawa corak tatu tersebut adalah semakin besar, lebih jelas dan meliputi bahagian yang lebih luas pada kulit. Menurut Kintaro Publishing didalam bukunya Borneo Jeroen Franken yang diterbitkan pada tahun 2017 menyatakan kebanyakan bentuk dan gaya tatu dalam kalangan orang iban hampir sama tetapi telah banyak berkembang dari segi saiz tatu, gaya tatu dan yang paling nyata ialah banyak dipengaruhi oleh tempat mereka tinggal. Pada dasarnya corak tatu etnik Iban adalah sama. Semua tempat di sarawak yang mempunyai komoditi etnik Iban yang bertatu tiada bezanya dari segi motif dan corak. Walau bagaimanapun gaya tatu itu adalah berlainan kerana setiap orang yang mencacah tatu adalah tidak sama dari segi kemahiran mereka mencacah tatu tersebut. Melalui tatu orang Iban dapat mengenal pasti dari mana kawasan tempat tinggal orang yang datang melawat, iaitu hanya dengan melihat perbezaan gaya tatu yang ada pada orang itu. Pada awal tahun 1970 an, seni tatu orang Iban telah jauh merantau dan sangat terkenal di negara Eropah. Hal ini kerana masyarakat barat telah jatuh cinta dengan keunika seni tatu iban dan ini telah mendorong mereka untuk meniru dan mengayakan tatu tersebut pada bahagian lengan, badan, belakang, kerongkong dan kaki mereka. Motif dan corak tatu orang Iban adalah banyak dipengaruhi oleh bentuk haiwan mitos, alam semula jadi dan corak flora seperti daun.  Corak berdaun ini dibuat untuk tujuan menyamar dalam hutan semasa peperangan antara puak. Contohnya, corak tatu yang dicacah biasanya merupakan corak naga, burung enggang dan anjing syaitan. Selain itu, Motif-motif dan corak-corak tatu kebanyakannya berdasarkan haiwan mitos dan haiwan yang telah menolong mereka dalam waktu kesusahan ataupun di waktu senang. Kini, Seni mencacah tatu ini merupakan salah satu aktiviti seni harian orang Iban yang seakan-akan hampir sama denagn ukiran kayu dan tenunan dan hanya menunjukan bahawa amalan mencacah tatu adalah bukan adat tetapi hanyalah sebagai aktiviti bagi individu yang berminat mengayakannya.
               Sejak tahun 2000 hingga tahun kini, Seiring dengan dunia moden amalan bertatu atau mencacah tubuh kini tidak lagi sekadar menjadi gambaran identiti kehidupan masyarakat iban tetapi berkembang menjadi trend fesyen atau dikomersialkan. Bahkan transformasi itu bukan sahaja kepada bentuk ukiran atau motif yang dipilih tetapi dari segi peralatan kini turut berubah dan berbeza kerana pada suatu ketika dahulu masyarakat iban di Derah Tatau menggunakan kayu atau tanduk rusa dan jarum untuk mencacah tubuh dan berubah dengan mengunakan mesin pada zaman kini. Seperti yang diperkatakan oleh propesional pengukir tatu iaitu Ernesto Kalum yang berasal dari Rumah Temedak, Spak di Betong, Sarawak menyatakan, kini aktiviti mencacah tubuh atau bertatu lebih kepada minat seseorang individu yang turut seiring dengan perubahan zaman dimana masyarakat iban di Daerah Tatau lebih gemar mengunakan mesin berbanding mengunakan alat tradisional. Jika dibandingkan pada ketika dahulu masyarakat iban mencacah tatu dengan mengunakan alat tradisional selepas mereka sudah puas merantau untuk mencari kehidupan sendiri yang jarang diamalkan lagi pada masa sekarang. Seterusnya, hanya 10 peratus masyarakat iban yang masih mengunakan alat lama untuk mencacah tatu, iaitu mereka yang cemerlang dalam Pendidikan, sekolah, selepas graduan, mendapat pekerjaan, merantau di tempat orang lain selain naik pangkat, dengan membuat tatu sebagai tanda simbolik berkenaan. Namun pada masa kini kebanyakan golongan masyarakat iban yang bertatu lebih gemar mengunakan alat moden untuk mencacah tatu dan hanya untuk berfesyen kerana ia lebih mudan dan cepat serta menjadi trend malahan motif yang dipilih juga adalah motif moden.  
               Pada zaman dahulu cara yang digunakan oleh masyarakat iban di Daerah Tatau dalam proses mencacah tubuh hanya dengan mengunakan jarum yang diikat kemas pada sebatang kayu atau tanduk rusa dan ada yang diukir atau dihias untuk mencantikkan lagi alat tersebut. Semasa proses pembuatan tatu secara tradisional pukulan ringan akan dilakukan bersama jarum yang telah dicelupkan dengan dakwat untuk meninggalkan ukiran tatu pada tubuh badan. Manakala pada masa sekara, peralatan tradisional kurang digunakan kerana adanya teknologi yang memudahkan untuk membuat tatu iaitu mesin mencacah tatu yang mengunakan mesin delima dan elekterik. Dengan itu, proses mencacah tatu lebih mudah serta cepat penghasilannya berbanding mengunakan peralatan tradisional yang mengambil masa yang lama untuk membentuk satu ukiran tatu pada tubuh. Seterusnya, dalam proses membuat tatu bahan yang digunakan untuk menghitamkan cacah ialah along. Along ini diambil daripada arang yang dikikis daripada bawah periuk yang akan dicampur dengan berbagai-bagai ubat pemanis supaya cacahan itu kelihatan lebih cantik dan juga berfungsi sebagai pelindung kepada orang yang dicacah. Namun pada masa sekarang masyarakat Iban tidak lagi mengunakan Along untuk menghasikan tatu, sebaliknya mereka mengunkan dakwat yang telah disediakan khas untuk mencacah tatu. Selain itu, sebelum memulakan proses mencacah tatu masyarakan iban di Daerah Tatau akan mengadakan upaca yang dipanggil sebagai ‘Miring’. Hal ini bertujuan untuk memanggil para dewa dan juga para pahlawan bagi menyokong dan mengiring serta menolong mereka ketika melakukan sesuatu perkara. Selaras dengan perubahan dan kemajun negara upaca tersebut tidak lagi diamalkan oleh masyarakat iban pada masa sekarang. Hal ini demikian kerana, mereka menyatakan bahawa upaca tersebut hanya sekadar membuang masa dan mereka tidak mempercayai kewujudan dewa-dewa tersebut.
               Kesimpulannya, berdasarkan maksud tatu ia melambangkan keperibadian tentang apa yang telah dilalui oleh seseorang itu dalam kehidupan sehariannya bagi masyarakat iban di Daerah Tatau. Oleh hal yang demikian kerana, reka corak disebalik tatu dekoratif Iban merupakan kepentingan kajian yang utama untuk mengetahui kesemua makna motif-motif tatu Iban, cara penghasilan, dan peralatan yang digunakan. Hal ini dapat dirumuskan bahawa tatu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kaum Iban di Daerah Tatau dan sebagai tanda kejayaan seseorang bagi masyarakat iban di Daerah Tatau. Di samping itu, kajian ini dapat dijadikan panduan kepada generasi yang akan datang untuk megetahui tentang budaya bertatu dalam kalangan masyarakat Iban di Daerah Tatau, motif-motif yang tersirat di dalam setiap jenis tatu yang dicacah, cara-cara bagai mana masyarakat iban ketika dahulu mencacah tatu dan peralatan yang digunakan untuk mencacah tatu pada ketika itu

Perkembangan Adat Perkahwinan Kaum Iban

      Umun nya, perkembangan dalam adat perkahwinan kaum iban dapat dilihat jika kita menyelami buku-buku kemasyarakat dan sejarah iban. P...