Umunnya, perkembangan dalam adat perkahwinan kaum iban dapat dilihat jika kita menyelami buku-buku kemasyarakat dan sejarah iban. Pada masa dulu, masyarakat iban amat memilih menantu dalam usaha menentukan soal jodoh anaknya terutama yang masih bujang. Ibu bapa mereka hanya memilih menantu dari golongan gadis-gadis yang pandai bertenun, pandai ngebat, dan pandai nyunkit kain pua sahaja. Ini bermaksud bahawa seseorang gadis itu wajid mempunyai kemahiran dan kepakaran luar biasa dalam menenun kain pua sebelum dijadikan menantu. Namum begitu, terdapat berlaku sedikit perkembangan dalam adat tradisional perkahwinan kaum iban pada tempoh tahun 1945 hingga tahun 1970.
Perkahwinan dalam suku kaum masyarakat iban dianggap agak unik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Hal ini kerana terdapat beberapa peraturan dan pantang larang yang dilakukan dan perlu dipatuhi sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri atau berkahwin. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban ialah perkahwinan yang mematuhi adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat tersebut akan dikenakan bayaran denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan atau pertanda-pertanda yang boleh menjejaskan kedua-dua pihak tersebut. Terdapat beberapa peringat tertentu dan adat yang perlu dipatuhi dalam perkahwinan suku kaum iban dalam tempoh tahun 1930 hingga tahun 1970. Antaranya, ialah adat merisik, adat meminang, adat bertunang, adat semasa majlis perkahwinan dan yang terakhir ialah adat selepas majlis perkahwinan.
Pada tempoh tahun 1930 hingga tahun 1940 masyarakat iban lebih mengutamakan amalan adat tradisional dalam kehidupan mereka. Pada masa itu masyarakat iban yang tinggal di kawasan pendalaman terutamanya di kawasan hulu kapit masih mempercayai akan antu yang dikenali sebagai roh si mati atau semangat-semangat jahat tinggal di sekitar kawasan dan disekeliling mereka berada. Mereka juga percaya bahawa setiap pertanda dan bunyi-bunyi yang didengari mempunyai maksud yang tersendiri. Dalam tempoh tersebut, dalam sesebuah masyarakat iban yang kaya dan ternama, khasnya ibu bapa kepada anak bujang mereka amat memilih menantu dalam usaha memilih menantu dan soal jodoh anak lelaki mereka, kriteria utama ibu bapa mereka hanya memilih nenantu dari golongan gadis-gadis yang mempunyai kemahiran bertenun, ngebat dan nyungkit kain pua sahaja. Ini bermaksud bahawa seseorang gadis tersebut wajid mempunyai kemahiran dan kepakaran luar biasa dalam menenun kain pua sahaja untuk dijadikan menantu. Hal ini kerana, anak lelaki mereka merupakan keturunan orang iban yang kaya-raya, gagah berani sebagai pahlawan iban yang terulung yang telah memanggal banyak kepala musuh. Justeru itu, bakal isteri kepada anak lelaki mereka hendaklah seseorng yang memiliki paras rupa wajah yang cantik, berhemah tinggi, sopan, rajin, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran dan pakar dalam menenun kain pua
Dalam budaya masyarakat iban, anak lelaki yang berani harus dijodohkan dengan anak gadis yang pakar menenun kain pua sahaja. Jika tidak ia dikatakan tidak sama sepadan. Faktor ini dipengaruhi oleh situasi apabila si suami pulang daripada ekspedasi memenggal kepada musuh atau dikenali sebagai ngayau dalam bahasa iban maka kepala musuh perlu disambut oleh isterinya sahaja dengan menggunakan kain pua yang ditenun sendiri.
Oleh itu, ibu kepada anak lelaki orang iban sering kali mengungkapkan ungkapan berbunyi ”‘ngiga indu dara ambi ka menantu ia tau telepong ka ai ngena tampuk lemba” yang bermaksud hanya mencari gadis iban yang memiliki kepakaran luar biasa menenun, dan banyak menenun kain pua sahaja layak untuk menjadi menantu mereka. Diibaratkan kalau tali lemba itu dibuang ke sungai, maka air sungai itu terus dipenuhi dan dibanjiri atau bertakung, seperti sebuah empangan, iaitu air di dalam sungai itu tidak dapat mengalir lagi kerana telah ditakungi atau dipenuhi oleh tali lemba yang digunakan oleh gadis tersebut untuk mengebat kain pua kumbu mereka. Hal ini menunjukkan betapa pandai dan mahirnya gadis itu menenun kain pua kumbu mereka sendiri.
Gadis tersebut harus mahir dan pakar mengebat kain pua kumbu, pakar menenun kain pua pilih, dan pakar menenun kain pua sungkit. Sekiranya gadis itu pandai menenun pua, barulah keluarga pihak lelaki itu sudi masuk meminang si gadis yang mempunyai kemahiran dan kepakaran ini untuk dijadikan sebagai menantu mereka. Pada zaman dahulu, tiap-tiap hari wanita iban mencari daun lemba di hutan untuk mengebat kain pua kumbu kerana keadaan ini untuk menunjukkan kerajinan dan kesungguhan mereka menenun kain pua. Jika tidak pandai menenun kain pua, tiada siapa yang akan sudi meminang anak gadis tersebut dan tiada siapa yang sudi untuk bermenantukan gadis berkenaan. Menurut kata orang iban “indu malas enggau orang penetak manoh penyadong lauk” yang bermaksud gadis yang pemalas dan tidak mahir memenun kain pua, sering kali menjadi buah mulut dan dikecam oleh orang di rumah panjang itu.
Nilai bermuafakat, bergotong-royong, saling bantu-membantu dan berkerjasama dapat dilihat semasa menguruskan sesebuah majlis perkahwinan. Mengikut tradisi, pihak lelaki seharusnya berjumpa dengan pihak perempuan dan mengemukakan cadangan tentang soal perkahwinan. Pada peringkat awal, rombongan kecil-kecilan yang terdiri daripada 6-15 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara yang terdekat sahaja atau bebungan ka jako yang bermaksud merisik dan melamar akan menemui pihak perempuan di rumah panjang terbabit. Dalam konteks ini, kalau pihak perempuan setuju, seterusnya akan dihantar perutusan atau wakil khas yang berikutnya, nanya indu, iaitu rombongan yang datang meminang perempuan tersebut bagi menentukan sama ada perepuan itu setuju ataupun tidak. Sekiranya bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh perkahwinan berlangsung. Lazimnya, majlis perkahwinan sering kali diadakan di rumah panjang pengantin perempuan. Dalam hal ini, pihak lelaki tidak dibenarkan untuk hadir sama ada semasa merisik, bertunang mahupun semasa hari perkahwinan itu dilangsungkan. Keadaan ini menunjukkan bertapa uniknya dan istemewanya adat suku kaum iban jika berbanding dengan kaum-kaum lain. Biasanya majlis perkahwinan itu akan dijalankan di rumah panjang pengantin perempuan.
Semua ahli pengantin lelaki biasanya akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dengan membawa pelbagai barangan keperluan tersebut. Namun begtu, terdapat satu perkara yang unik tentang perkahwinan kaum iban, bahawa bakal pengantin tidak pernah bersemuka sebelum ini sehinggalah selepas majlis persandingan itu selesai, barulah mereka mengenal satu sama lain. Sebaik sahaja pengantin perempuan tiba di rumah panjang pengantin lelaki, pengantin lelaki tersebut tidak dibenarkan melihat pengantin perempuan. Oleh disebabkan itu, pengantin lelaki tidak sabar- sabar melihat paras rupa wajah isterinya,maka mereka hanya berkesempatan untuk mencuri-curi menghendap melalui celah-celah dinding atau celah-celah papan rumah panjang tersebut. Dalam adat menikah kaum iban, orang iban amat mementingkan akan keselamatan nyawa pengantin perempuan daripada sebarang ancaman semangat jahat yang dikenali sebagai antu oleh kaum iban. Justeru itu, semasa dalam perjalanan membawa pulang pengantin perempuan ke rumah panjang pengantin lelaki. Anggota badan pengantin perempuan tersebut perlu dilindungi dengan kain pua kumbu, iaitu kain pua digantung menyerupai bumbung di atas perahu yang digunakan untuk mambawa pengantin perempuan tersebut. Ia bertujuan bagi menjaga, mengawal, dan melindungi keselamatan pengantin perempuan daripada diganggu oleh semangat-semangat jahat yang dapat menjejaskan perkahwinan tersebut. Begitu juga perkara yang sama dilakukan jika pengantin dibawa menggunakan jalan darat, iaitu pengantin perempuan ditudungi dengan kain pua yang dibuat dalam bentuk payung semasa dalam perjalanan ke rumah panjang pengantin lelaki tersebut.
Dalam budaya masyarakat iban, sebelum upacara perkahwinan yang sebenar dilangsungkan, isu nguai atau ngugi, iaitu dengan keluarga dan tempat pasangan itu akan tinggal kelak adalah wajid diselesaikan terlebih dahulu. Isu nguai atau ngugi amat penting dan hendak diselesaikan secepat yang mungkin supaya dapat menggelakan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan diantara kedua-dua buah ahli keluarga terbabit di masa depan. Dalam tradisi kaum iban, anak lelaki sulung dalam sesebuah keluarga harus membawa isterinya tinggal bersama-sama dengan keluarga asalnya dan beliau harus bertangungjawab menjaga dan memajukan keluarga yang didiaminya. Hal ni amat penting kerana anak lelaki sulung biasanya yang akan menjaga ibu bapa mereka. Anak sulung mereka merupakan perwaris hak milik harta dan tanah pusaka keluarga mereka. Contohnya ialah senapang, tanah adat, tanah kebun, rumah, tanaman, ilmu, dan harta benda yang lain malah hantu perjaga yang dikenali sebagai saka yang diwarisi oleh datuk nenek moyang mereka secara turun-temurun. Pada masa dahulu, suku kaum iban kaya dengan ilmu perubatan dan ilmu-ilmu ghaid yang diperoleh dari semangat atau roh-roh si mati yang baik. Bukan semuanya semangat-semangat itu adalah jahat malah ada juga semangat-semangat yang baik dan ingin membantu dengan memberi ilmu kepada seseorang individu individu. Naman begitu, setiap ilmu tersebut haruslah dipiring yang bermaksud disembah untuk memastikan ilmu atau barangan tersebut masih mujarab.
Dalam menguruskan hal perkahwinan, mereka saling bertolak ansur dalam pelbagai urusan, iaitu satu pihak harus mengalah dan menghormati kepada pihak yang berdasarkan keutamaan yang dipilih oleh anak keluarga terbabit. Biasanya keluarga yang mempunyai ramai anak akan mengalah dan menyerahkannya kepada keuarga yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Tujuannya adalah untuk memelihara dan mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian yang sedia ada dalam kalangan masyarakat iban. Selain itu untuk menjaga, memelihara dan memajukan keluarga tersebut pada masa depan
Dalam tempoh tahun 1930 hingga tahun 1940 itu juga, terdapat satu adat yang amat unik untuk memilih bakal menantu di Kapit. Adat ini hanya diamalkan oleh sesetengah masyarakat iban sahaja di misalnya yang di kawasan pendalaman kapit. Pada masa dulu, keluarga orang iban yang kaya-raya memilih bakal menantu dengan cara “ indu tangkap indu berap” yang bermaksud membawa lari gadis tersebut dengan tujuan untuk dijadikan menantu, semata-mata untuk mendapatkan nama dan gelaran serta status sosial tertinggi dalam kalangan masyarakat iban. Kaedah indu tangkap indu berap ini hanya layak dilakukan oleh keluarga iban yang kaya-raya dan terpengaruh serta mempunyai status yang tnggi atau keluarga yang berada kerana mereka hanya ingin mendapatkan nama dan status tertinggi dalam masyarakat iban.
Pada lazimnya, kaedah mendapatkan menantu dengan cara indu tangkap indu berap ialah dengan cara melarikan gadis itu tidak kira sama gadis tersebut sedang bangun tidur sambil membuka kelambunya, sedang mandi dan mengangkat air dari sungai, sedang berjalan ataupun menyidai pakaian di tanju iaitu bahagian ruang legar rumah panjang yang tidak berbumbung, ataupun tidak kira sama gadis itu setuju ataupun tidak. Kerja melarikan gadis tersebut biasa akan dilakukan pada awal pagi. Hal ini kerana pada awal pagi tersebut, orang di rumah panjang tersebut masih tidur dan masih gelap. Keadaan ini memudahkan kerja-kerja melarikan gadis tersebut dilakukan. Gadis itu dilarikan dengan tujuan untuk ngiga rita, ngiga nama yang bermaksud bukan untuk hamba abdi mahupun untuk dibunuh tetapi sebaliknya untuk dijadikan menantu untuk mendapatkan nama dan status tinggi dalam kalangan masyarakat iban. Dalam adat masyarakat iban, dengan berbuat demikian, keluarga tersebut akan memperolehi gelaran dan status baru bulih indu tangkap indu berap iaitu berjaya mendapatkan menantu cantik ataupun gadis cantik dan pandai menenun kain pua.
Mendapatkan menantu dengan menggunakan kaedah ini merupakan perkara yang amat sukar untuk dilakukan kerana perlu melalui tiga proses utama, iaitu setelah, berjaya membawa lari gadis itu, kalau ia dilakukan di dalam bilik, maka keluarga lelaki tersebut perlu meninggalkan harta pusaka kepada keluarga gadis tersebut seperti bebendai yang bermaksud sejenis alat musik iban yang menyerupai gong. Hal ini untuk memberitahu bahawa anak mereka bukannya diculik untuk dijadikan hamba abdi atau untuk dibunuh sebaliknya menculik untuk dijadikan sebagai menantu mereka. Langkah seterusnya ialah apablla gadis itu tiba di kaki tangga rumah panjang keluarga lelaki, keluarga lelaki tersebut perlu menanggalkan sebuah gong. Langkah yang terakhir ialah apabila gadis itu tiba di tepian mandi, maka keluarga lelaki itu perlu meninggalkan antu pala iaitu tenggorak kepala musuh kepada keluarga perempuan. Namun begitu, keluarga pihak perempuan tetap mengejar mereka yang melarikan anak gadis tersebut sehingga mereka yang melarikan gadis tersebut berhenti untuk seketika untuk sama-sama setuju berbincang secara aman bagi mencari jalan penyelesaian. Kebiasaannya, keluarga kaya-raya, lelaki tampan, bujang dan gagah berani perlu dijodohkan dengan gadis yang cantik, berkemahian dan memiliki kepakaran luar biasa dalam menenun kain pua untuk membolehkan isterinya menyambut antu pala iaitu menyambut kepala musuh yang telah dipenggal.
Walaupun gadis itu tidak bersetuju untuk dikahwini dengan anak lelaki mereka, namun begitu gadis tersebut tetap juga perlu dibawa balik ke rumah panjang lelaki tersebut. Hal ini kerana, untuk tidak memalukan dan menjatuhkan maruah kedua-dua buah pihak. Jika gadis tersebut dibawa menaiki perahu, perahu tersebut perlu dibumbungkan dengan kain pua kumbu untuk menudungi kepala gadis tersebut supaya gadis tersebut dilindungi, dijaga keselamatannya daripada diganggu oleh semangat-semangat jahat yang ingin mengancam nyawa gadis tersebut. Begitu juga apabila menggunakan jalan darat tapi harus dilindungi dengan payung yang ditudungi dengan kain pua kumbu. Setelah selamat sampai di rumah panjang keluarga lelaki tersebut, pada malam itu juga mereka dinikahkan. Sekiranya mereka bercerai, gadis tersebut pulang ke pangkuan keluarga asalnya sekiranya belum genap tujuh hari. Harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh keluarga lelaki kepada pihak perempuan perlu dipulangkan semula kepada pihak keluarga lelaki terbabit. Tetapi sekiranya mereka bercerai selepas tempoh genap tujuh hari, maka harta pusaka tersebut tidak perlu dipulangkan kepada pihak keluarga lelaki.
Dalam tempoh tahun 1945 hingga tahun 1970 terdapat berlaku perkembangan dari segi adat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan kaum iban. Dari segi adat merisik, Pihak keluarga lelaki akan membawa rombongan yang kurang daripada 6-15 orang yang terdiri daripada keluarga, wakil pihak lelaki dan saudara-mara keluarga tersebut. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan dan diputuskan oleh kedua-dua keluarga tersebut. Jika kata sepakat sudah diambil, ayah lelaki akan meninggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan anak mereka.
Pertunangan ini tiada tempoh yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat iban adalah lebih baik sekiranya majlis perkahwinan dipercepatkan untuk memgelakkan benda-benda yang tidak diingini daripada berlaku. Contohnya berlaku kecurangan, bosan dan lain-lain perkara yang boleh menjejaskan pertunangan mereka.
Manakala dari segi adat meminang pula, Apabila ibu bapa menerima perempuan mendapati risikan tersebut boleh dipertimbangkan. Mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusara yang diperbuat daripada tembaga ataupun dikenali sebagai cincin menann mimpi. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Tujuannya adalah adalah kerana tidak berlaku sebarang petanda buruk. Selain itu, untuk menggelakkan daripada ancaman semangat-semangat jahat yang ingin menjejaskan perkahwinan ini.
Perubahan dari segi adat bertunang pula ialah sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan sudah dimiliki. Tarikh dan tempoh perkahwinan akan ditetapkan pada masa itu. Sekiranya salah seorang putuskan hubungan atau berkelakuan curang maka orang tersebut harus membayar denda sebagai menebus rasa malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Hal ini ini kerana, unuk menjaga maruah pihak keluarga yang telah dicurangi oleh pihak keluarga tersebut. Selain itu sebagai bayaran pampasan atas usaha dan tenaga yang telah digunakan untuk menguruskan urusan perkahwinan anak keluarga yang dicurangi tersebut.
Semasa majlis perkahwinan, Pengantin masyarakat Iban, majlis perkahwinan memerlukan pelbagai persiapan yang perlu dibuat. Bagi pihak lelaki, mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barangan yang harus diberi kepada pengantin perempuan. Keluarga pihak perempuan pula membuat pelbagai persiapan termasuklah memasak ,memburu haiwan dan menyembelih haiwan yang telah diburu oleh pihak keluarga perempuan pada hari perkahwinan. Bagi mengundang tetamu, wakil bagi kedua-dua keluarga tersebut akan dilantik bagi menguruskan jemputan kahwin anak mereka. Wakli itu akan membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari perkahwinan itu akan berlangsung. Hal ini kerana pada masa dulu kaum iban tidak mempunyai kelender untuk mengetahui tarikh perkahwinan akan diadakan. Contoh, 7 utas tali bermakna perkahwinan tersebut akan diadakan dalam masa 7 hari ataupun seminggu. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu adalah tuai rumah. Tuai rumah bertanggungjawab membuka simpulan tali itu daripada tetamu-tetamu yang datang ke majlis perkahwinan tersebut.
Selepas perkahwinan, setelah seleasi upacara menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki. Dalam sepanjang rombongan tersebut, perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan melalui upacara penyucian tadi. Pada waktu malam, pengantin akan diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialaskan oleh kain tenun atau kain pua kumbu. Semua orang yang berada di rumah panjang terbabit harus berkumpul bersama-sama di ruai tuai rumah kemaya orang kahwin nya yang bermaksud di rumah pihak keluarga yang menyambut atau mengadakan perkahwinan untuk bersama-sama menjadi saksi bahawa anak mereka akan sudah berpunya atau bersuami isteri. Tujuan utama untuk berkumpul bersama-sama di ruang rumah keluarga yang mengadakan perkahwinan adalah untuk memeriahkan sambutan perkahwinan anak mereka. Selain tu, juga saudara mara sama ada dari jauh ataupun dekat akan datang menghadiri majlis perkahwinan tersebut untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak buah mereka. Secara ringkasnya, majlis perkahwinan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, saudara-mara serta penduduk yang berada berdekatan atau berada di rumah panjang yang mengadakan majlis perkahwinan tersebut.
Kemudiannya beberapa orang tua dijemput untuk berdoa dengan membiau menggunakan ayam. Tujuannya agar memohon agar tuhan yang dikenali sebagai petara dalam bahasa iban untuk memberkati dan perkahwinan mereka. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang yang bermaksud tukang sembelih akan memulakan upacara perkahwinan tersebut. Ayam yang diikat kemudiannya dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih akan diambil darahnya untuk disembah kepada pihak pengantin. Istiadat ini diakhiri dengan jamuan makan dan minum yang telah disediakan oleh pihak keluarga perempuan dan pihak keluarga lelaki tersebut.
Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin pengantin lelaki, majlis seterusnya diadakan di rumah pengantin perempua pula. Sungguhpun mereka sah menjadi suami isteri tetapi mereka tidak boleh tidur bersama. Adat ini merupakan salah satu keistemewaan dan keunikan kaum iban pada tempoh 1945 hingga tahun 1970. Adat tradisi ini masih diamalkan sehinggalah sekarang kerana sesetengah masyarakat iban masih belum menganut sebarang agama atau kepercayaan. Suami akan tidur di ruang tamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ mempunyai maksud yang tersendiri sama ada baik atau sebaliknya. Contoh bunyi tersebut adalah bunyi burung, suara-suara antu yang dikenali sebagai suara roh si mati, mimpi dan bunyi binatang yang membawa maksud dan pertanda yang tersendiri. Kebanyakan masyarakat iban pada masa ini mengunakan bunyi-bunyi ini sebagai pertunjuk atau pertanda untuk membuat atau menjalankan sesuatu aktiviti. Contoh seperti memburu, menenun kain pua, dan sebagainya. Namun begitu, ada juga pasangan yang dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda yang buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan