MOTIF-MOTIF TATU MASYARAKAT IBAN
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah di bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Tatau, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama mereka masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Salah satu kaum yang cukup terkenal dengan keunikan tradisi mencacah tatu, pakaian tradisional, tarian tradisi turun temurun ialah masyarakat kaum Iban. Walaupun terdapat banyak perubahan dalam tradisi kaum ini namun terdapat satu yang umum iaitu tradisi mencacah tatu. Amalan mencacah tubuh atau bertatu menjadi amalan bagi orang Iban, aktiviti mencacah tatu ini telah lama diamalkan sejak berkurun dahulu iaitu sejarah tatu dikatakan bermula sejak zaman Neolitik 10 000 – 5000 Sebelum Masihi. Bukan itu sahaja, corak tatu di badan masyarakat iban di Daerah Tatau juga turut berbeza-beza. Hal ini demikian kerana, Perbezaan corak tatu ini bertujuan untuk membezakan status atau kedudukan bagi masyarakat iban di daerah Tatau. Bagi kaum iban pada zaman dahulu corak tatu mereka lebih berunsurkan flora dan fauna seperti bunga terung, burung kenyalang, naga dan banyak lagi, sebaliknya menjelang tahun 1955 hingga tahun 1965 corak tatu masyarakt Iban mula berubah kepada corak yang lebih moden berlandaskan dan selaran dengan kemajuan. Tatu ini juga menunjukkan keberanian dan pangkat seseorang, misalnya bagi kaum lelaki tujuan mereka bertatu ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka pernah terlibat dalam peperangan dan banyak pengalaman. Contohnya, golongan pahlawan kebanyakannya memiliki tatu di kepala hingga ke hujung kaki. Hal ini demikian kerana, melambangkan status sosial dan keberanian mereka dalam melakukan sesuatu perkara, misalnya mengikuti perperangan. Akan tetapi, pada masa Sekarang kaum lelaki bebas memilih untuk mencacah tatu tanpa perlu merantau atau mengikuti peperangan seperti yang dilakukan kaum lelaki masyarakat iban pada ketika dahulu. Seterusnya, bilangan tatu di badan juga akan ditentukan dengan jumlah kepala musuh yang di penggal dan di bawa balik daripada memburu atau lebih dikenali dengan ‘Ngayau’, kisahnya pernah diabadikan oleh penulis terkenal Barat, Carl Bock di dalam bukunya The Head Hunters of Borneo yang diterbitkan pada 1881. Manakala tatu yang penuh dibahu juga hanya diamalkan dikalangan lelaki sahaja. Hal ini demikian kerana, ia melambangkan tanggungjawab besar yang dipikul di dalam sesebuah keluarga. Sebaliknya lelaki yang tidak bertatu akan dianggap sebagai ‘telanjai’ atau bermaksud seperti rumah yang tidak mempunyai atap pada zaman dahulu. Tetapi pada masa kini amalan bertatu tidak lagi diwajibkan dalam kalangan orang lelaki masyarakat Iban di Daerah Tatau kerana amalan mencacah tatu telah berubah dan dianggap sebagai fesyen yang selaras dengan kemajun negara. Selain itu, terdapat sesetengah corak tatu yang dikhaskan untuk golongan pahlawan sahaja, sebagai contohnya tatu Ukir Rekung, tatu Bunga Terung, dan tatu Entegulun. Manakala bagi kaum wanita, mereka bertatu hanya untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam melakukan semua perkara dan sebagai darjah kecantikan mereka. Selain itu, dikalangan kanak-kanak yang berusia 10 atau 11 tahun, tatu akan dicacah menandakan mereka “baru lanjau” iaitu sudah bersedia untuk menyertai aktiviti buruan dan menjadikan mereka kebal. Meurut Sabang Anak Nyegang, iaitu penduduk Nanga Dong, Entabai Julau, menyatakan bahawa masyarakat iban gemar mencacah tatu kerana minat mereka terhadap gaya dan bentuk tatu yang diukir pada masyarakat iban yang sudah memiliki tatu. Bagi orang Iban iaitu masyarakat Dayak yang terbesar di Sarawak, tradisi mencacah tatu merupakan sebahagian daripada cara hidup mereka sejak berkurun dahulu yang diturunkan sehingga masa kini. Dalam kalangan masyarakat orang Iban di Daerah Tatau, tatu disebut sebagai Pantang atau Kelingai yang memainkan peranan yang penting dalam budaya masyarakat orang Iban di Daerah Tatau. Bagi msyarakat iban di Daerah Tatau, amalan mencacah tatu ini merupakan aktiviti suci yang menghubungkan orang Iban dengan orang duniawi (dua buah penduduk kampung yang selalu membantu orang Iban dalam kesusahan iaitu Panggau Libau dan Gelong). Antara orang-orang duniawi yang selalu muncul membantu orang Iban ini ialah Keling, Bungai Nuing, Sempurai, Singalang Burong, Kumang dan Lulong mereka akan membantu orang yang layak seperti pahlawan dengan memberikan mereka azimat dan pengaruh yang akan memberikan kekuatan serta keberanian kepada pahlawan tersebut. Azimat-azimat yang diberikan orang-orang inilah yang menyebabkan orang Iban sangat kebal dan berani semasa pergi memburu kepala. Selain itu, orang Iban yang telah dibantu atau termimpi pernah berjumpa dengan orang-orang duniawi ini mesti dicacah tatu supaya apa yang diberikan kepada mereka, misalnya azimat dinding bulu, batu melaban, batu ilau, batu lelayang dan yang lain-lain akan kekal dalam badan mereka sampai ke ajal mereka tiba.
tatu bunga terung
tatu bunga terung
Salah satu jenis tatu yang sering dilihat pada masa kini adalah tatu bunga terung. Ramai yang tertanya-tanya apakah maksud ‘bunga terung’ yang dicacah di bahu kanan dan kiri masyarakat iban. Tatu yang bermotif bunga terung tidak sembarangan dimiliki oleh semua kalangan masyarakat iban. Hal ini demikian kerana, Menurut catatan blog di Borneo Blog Jedrzej mengenai sejarah tatu Iban, Corak ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki apabila mereka sudah merantau ke tempat orang baru dan hanya orang lelaki sahaja yang boleh memiliki tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memikul sesebuah keluarga. Seterusnya, tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu kerana memberi kekuatan kepada bahu kerana semua aktiviti berat akan dipikul di bahu mereka, seperti contoh memikul bebanan sebagai anak lelaki kepada keluarganya. Di tengah tatu bunga terung pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat bagi mereka yang mengembara ke tempat yang jauh atau ke temat orang lain. Bagi masyarakat Iban di Daerah Tatu, seseorang yang memiliki tatu bunga terung di sekeliling pinggang biasanya lapan buah bemaksud orang itu sudah mempunyai banyak pengalaman dalam semua perkara misalnya sudah mengenali semua hidupan dan tempat selepas mengembara dan juga handal dalam ilmu perlawanan. Selain itu, maksud tatu bunga terung juga merupakan satu petanda mereka yang sudah cukup puas merantau dan menguasai ilmu pengetahuan. Di Semenanjung Malaysia, tatu secara umumnya dianggap lambang bagi kumpulan kongsi gelap atau sekadar suka-suka. Namun, bagi masyarakat Iban di negeri Sarawak ini, ia adalah lambang kelakian, kepahlawanan, kemenangan perang serta mengangkat status sebagai seorang lelaki. Bunga terung atau ‘Bungai Terung’ dalam bahasa Iban adalah antara motif yang begitu terkenal dari dulu hingga sekarang. Dahulu motif tatu bunga terung suku Iban ini sebenarnya pernah hampir pupus pada tahun 1970-an apabila ia digantikan dengan motif dari Jepun seperti singa dan naga sehingga perubahan corak tatu tersebut turut mempengaruhi pandangan orang awam mengenai tatu. Malah terdapat golongan tertentu mengaitkan budaya bercacah badan dengan aktiviti jenayah dan gengsterisme, walaupun pada hakikatnya di sini ia bukan begitu. Persepsi itu menyebabkan ramai di kalangan generasi muda takut mencacah tatu kerana bimbang sukar mendapat pekerjaan terutama dalam sektor awam. Justeru, tidak hairan ada yang menggunakan seterika panas untuk menghilangkan ukiran tatu di badan khususnya bahagian yang terdedah seperti lengan. Tatu sebenarnya seni warisan nenek moyang orang iban yang amat indah, namun sayangnya dicemari dengan imej gengster dan jenayah. Tidak semestinya memiliki tatu, anda seorang penjenayah yang dikehendaki, kata legenda tatu terkemuka Sarawak, Peter John Jaban kepada Utusan Malaysia semasa Pameran Tatu Miri di Dewan Suarah Miri. Beliau telah menyedari ada sesuatu yang tidak kena, beliau pada tahun 1998 telah mengambil inisiatif untuk mengukir motif bungai terung di badannya sendiri, walaupun masa itu merupakan era untuk motif naga dan singa. Katanya, tindakan menghidupkan semula ukiran tatu itu pernah dianggap gila, namun usahanya itu ternyata berbaloi apabila motif tatu itu bukan sahaja diterima oleh masyarakat tempatan, bahkan pelancong luar turut tertarik dengan keunikannya. Beliau yang merupakan penasihat kepada beberapa persidangan tatu di Borneo telah menyatakan dan menasihati orang awam supaya mengubah pandangan yang berunsur negatif terhadap tatu dan sebaliknya menerima ia sebagai satu seni dan fesyen. Kini semakin ramai golongan profesional seperti peguam, hakim bahkan doktor mencacah tatu pada badan mereka dengan corak ukiran yang unik. Perkembangan ini membuktikan yang tatu semakin diterima di kalangan masyarakat, katanya. Menyentuh Pameran Tatu Miri yang julung kali diadakan di sini, John Jaban berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai seni tatu dan mengekalkan motif tradisi, cara atau kaedah tatu pada zaman kini.
Pada masa dahulu, jenis tatu yang dicacah pada leher juga sangat popular. Tatu yang terdapat pada leher biasanya berbentuk seekor kala, sayap kupu-kupu dan kepiting yang lebih kepada unsur alam dan keadaan persekitaran orang iban. Ukiran ini juga dipanggil Ukir Rekung dan tujuan tatu ini dibuat adalah untuk melambangkan perkembangan dari satu status orang biasa kepada status orang yang harus dihormati. Antara orang-orang yang berstatus perlu dihormati ialah ketua kampng, pahlawan-pahlawan yang sudah berburu dan panglima. Ini bermakna perkembangan status pada seseorang dapat dilihat berdasarkan tatu yang mereka cacah pada leher kerana bahagian kerongkong merupakan bahagian yang paling sukar untuk dicacah tatu dan ini dpercayai menguatkan semangat orang yang dicacah dengan tatu. Namun pada masa ini mencacah tatu pada bahagian leher tidak lagi diamalkan ini kerana disebabkan perubahan zaman dan juga tangkapan masyarakat telah berubah terhadap tatu yang dicacah pada leher tersebut.
Selain itu, tatu Entegulun juga terkenal dalam kalangan masyarakat iban di Daerah Tatau pada tahun 1955 hingga pada tahun 1962. Hal ini kerana tatu ini berbeza dengan jenis tatu yang lain kerana tatu ini dicacah atau dibuat pada belakang tangan, penumbuk dan telunjuk. Seterusnya, tatu entegulun ini tidak boleh dibuat atau dicacah sebarangan walaupun orang itu perlu dihormati. Hal ini demilian kerana, tatu ini hanya boleh dicacah setelah seseorang itu berjaya membunuh dan memenggal kepala musuh dalam pemburuan kepala atau Ngayau barulah seseorang itu boleh mengukir ukiran itu pada belakang tangan, penumbuk dan telunjuk mereka. Selain itu, masyarakat iban yang mempunyai tatu entegulun juga menandakan seseorang itu telah menyertai kumpulan pemburu kepala. Walau bagaimanapun, hanya segelintir sahaja masyarakat iban yang berjaya dalam pemburuan kepala atau Ngayau ingin membuat tatu entegulun setelah berburu. Hal ini demikian kerana, mereka yang memiliki tatu entegulun ini akan diuji dengan ilmu hitam apabila melawat kampung lain kemudian setelah mereka balik dari memburu kepala masyarakat iban pada zaman dahulu akan meraikannya dalam satu perayaan besar-besaran dimana penduduk kampung yang berdekatan akan dijemput tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak untuk meraikan perayaan yang dikenali sebagai Gawai Encabuh Arung. Namun sejak tahun 1963 hingga 1965 dan pada masa ini masyarakat iban tidak lagi mencacah tatu entegulun kerana pemburuan kepala sudah dimansuhkan dan tidak diamalkan lagi.
Seterusnya, bagi kaum wanita masyarakat iban pula mereka akan dicacah tatu pada bahagian jari, lengan, kaki dan paha sebagai lambang kedudukan sosial dan pencapaian mereka dalam melakukan semua perkara atau kerja seperti kemahiran menenun puak kumbu, menari atau lebih dikenali sebagai ‘‘Ngajat”, menyanyi, berpantun dan memasak. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai penghias diri dimana semakin banyak tatu dicach pada badan mereka ia bermaksud semakin cantik dan banyak pengetahuan mereka dapat dalam melakukan semua pekara. Bukan itu sahaja, bagi mereka pemilihan pasangan hidup samada lelaki atau perempuan juga berpandukan pada bilangan tatu di badan. Pemilik kedai tatu Borneo Native & Western, Robert Mayau, 44, berkata Ini kerana, semakin banyak tatu di badan semakin banyak kebolehan dan kemampuan yang mereka ada disamping dapat menarik minat pasangan yang melihat
Corak tatu Lengan Ketam juga amat terkenal di kalangan masyarakat iban di Daerah Tatau dan diminati kerana keunikannya seperti simbol naga atu naga berkepala dua. Tatu ini dicacah pada bahagian lengan dan disertakan dengan corak perut naga yang berbeza-beza bergantung kepada mimpi yang dialami seseorang itu. Tatu ini membawa erti kekuatan pada bahagian belakang ketam untuk melindungi diri dari semangat jahat, pisau dan juga manusia. Selain itu, ia juga akan membantu dan menyelamatkan mereka yang memiliki tatu lengan ketam apabila mereka tersesat atau lemas di laut. Hal ini demikian kerana, masyarakt iban ketika itu mempercayai bahawa dewa-dewa laut seperti bunsu ketam, bunsu udang, bunsu ikan, dan sebagainya akan menyelamat dan membantu mereka apabila mereka menghadapi kesusahan. Pada masa dahulu mereka yang mencacah tatu ini telah meletakan ilmu sihir di dalam dakwat untuk melindungi diri daripada pisau yang tajam kerana ilmu sihir merupakan budaya lama orang Iban dan terdapat banyak kepercayaan bahawa terdapat semangat yang akan membantu pemilik tatu tersebut.
Seterusnya, corak tatu etnik Iban ini telah berkembang mengikut saiz. Pada tahun 1920-an didapati corak tatu adalah bersaiz amat kecil dan sehinggalah pada tahun 1960 -an dan 197- an, telah dilihat bahawa corak tatu tersebut adalah semakin besar, lebih jelas dan meliputi bahagian yang lebih luas pada kulit. Menurut Kintaro Publishing didalam bukunya Borneo Jeroen Franken yang diterbitkan pada tahun 2017 menyatakan kebanyakan bentuk dan gaya tatu dalam kalangan orang iban hampir sama tetapi telah banyak berkembang dari segi saiz tatu, gaya tatu dan yang paling nyata ialah banyak dipengaruhi oleh tempat mereka tinggal. Pada dasarnya corak tatu etnik Iban adalah sama. Semua tempat di sarawak yang mempunyai komoditi etnik Iban yang bertatu tiada bezanya dari segi motif dan corak. Walau bagaimanapun gaya tatu itu adalah berlainan kerana setiap orang yang mencacah tatu adalah tidak sama dari segi kemahiran mereka mencacah tatu tersebut. Melalui tatu orang Iban dapat mengenal pasti dari mana kawasan tempat tinggal orang yang datang melawat, iaitu hanya dengan melihat perbezaan gaya tatu yang ada pada orang itu. Pada awal tahun 1970 an, seni tatu orang Iban telah jauh merantau dan sangat terkenal di negara Eropah. Hal ini kerana masyarakat barat telah jatuh cinta dengan keunika seni tatu iban dan ini telah mendorong mereka untuk meniru dan mengayakan tatu tersebut pada bahagian lengan, badan, belakang, kerongkong dan kaki mereka. Motif dan corak tatu orang Iban adalah banyak dipengaruhi oleh bentuk haiwan mitos, alam semula jadi dan corak flora seperti daun. Corak berdaun ini dibuat untuk tujuan menyamar dalam hutan semasa peperangan antara puak. Contohnya, corak tatu yang dicacah biasanya merupakan corak naga, burung enggang dan anjing syaitan. Selain itu, Motif-motif dan corak-corak tatu kebanyakannya berdasarkan haiwan mitos dan haiwan yang telah menolong mereka dalam waktu kesusahan ataupun di waktu senang. Kini, Seni mencacah tatu ini merupakan salah satu aktiviti seni harian orang Iban yang seakan-akan hampir sama denagn ukiran kayu dan tenunan dan hanya menunjukan bahawa amalan mencacah tatu adalah bukan adat tetapi hanyalah sebagai aktiviti bagi individu yang berminat mengayakannya.
Sejak tahun 2000 hingga tahun kini, Seiring dengan dunia moden amalan bertatu atau mencacah tubuh kini tidak lagi sekadar menjadi gambaran identiti kehidupan masyarakat iban tetapi berkembang menjadi trend fesyen atau dikomersialkan. Bahkan transformasi itu bukan sahaja kepada bentuk ukiran atau motif yang dipilih tetapi dari segi peralatan kini turut berubah dan berbeza kerana pada suatu ketika dahulu masyarakat iban di Derah Tatau menggunakan kayu atau tanduk rusa dan jarum untuk mencacah tubuh dan berubah dengan mengunakan mesin pada zaman kini. Seperti yang diperkatakan oleh propesional pengukir tatu iaitu Ernesto Kalum yang berasal dari Rumah Temedak, Spak di Betong, Sarawak menyatakan, kini aktiviti mencacah tubuh atau bertatu lebih kepada minat seseorang individu yang turut seiring dengan perubahan zaman dimana masyarakat iban di Daerah Tatau lebih gemar mengunakan mesin berbanding mengunakan alat tradisional. Jika dibandingkan pada ketika dahulu masyarakat iban mencacah tatu dengan mengunakan alat tradisional selepas mereka sudah puas merantau untuk mencari kehidupan sendiri yang jarang diamalkan lagi pada masa sekarang. Seterusnya, hanya 10 peratus masyarakat iban yang masih mengunakan alat lama untuk mencacah tatu, iaitu mereka yang cemerlang dalam Pendidikan, sekolah, selepas graduan, mendapat pekerjaan, merantau di tempat orang lain selain naik pangkat, dengan membuat tatu sebagai tanda simbolik berkenaan. Namun pada masa kini kebanyakan golongan masyarakat iban yang bertatu lebih gemar mengunakan alat moden untuk mencacah tatu dan hanya untuk berfesyen kerana ia lebih mudan dan cepat serta menjadi trend malahan motif yang dipilih juga adalah motif moden.
Pada zaman dahulu cara yang digunakan oleh masyarakat iban di Daerah Tatau dalam proses mencacah tubuh hanya dengan mengunakan jarum yang diikat kemas pada sebatang kayu atau tanduk rusa dan ada yang diukir atau dihias untuk mencantikkan lagi alat tersebut. Semasa proses pembuatan tatu secara tradisional pukulan ringan akan dilakukan bersama jarum yang telah dicelupkan dengan dakwat untuk meninggalkan ukiran tatu pada tubuh badan. Manakala pada masa sekara, peralatan tradisional kurang digunakan kerana adanya teknologi yang memudahkan untuk membuat tatu iaitu mesin mencacah tatu yang mengunakan mesin delima dan elekterik. Dengan itu, proses mencacah tatu lebih mudah serta cepat penghasilannya berbanding mengunakan peralatan tradisional yang mengambil masa yang lama untuk membentuk satu ukiran tatu pada tubuh. Seterusnya, dalam proses membuat tatu bahan yang digunakan untuk menghitamkan cacah ialah along. Along ini diambil daripada arang yang dikikis daripada bawah periuk yang akan dicampur dengan berbagai-bagai ubat pemanis supaya cacahan itu kelihatan lebih cantik dan juga berfungsi sebagai pelindung kepada orang yang dicacah. Namun pada masa sekarang masyarakat Iban tidak lagi mengunakan Along untuk menghasikan tatu, sebaliknya mereka mengunkan dakwat yang telah disediakan khas untuk mencacah tatu. Selain itu, sebelum memulakan proses mencacah tatu masyarakan iban di Daerah Tatau akan mengadakan upaca yang dipanggil sebagai ‘Miring’. Hal ini bertujuan untuk memanggil para dewa dan juga para pahlawan bagi menyokong dan mengiring serta menolong mereka ketika melakukan sesuatu perkara. Selaras dengan perubahan dan kemajun negara upaca tersebut tidak lagi diamalkan oleh masyarakat iban pada masa sekarang. Hal ini demikian kerana, mereka menyatakan bahawa upaca tersebut hanya sekadar membuang masa dan mereka tidak mempercayai kewujudan dewa-dewa tersebut.
Kesimpulannya, berdasarkan maksud tatu ia melambangkan keperibadian tentang apa yang telah dilalui oleh seseorang itu dalam kehidupan sehariannya bagi masyarakat iban di Daerah Tatau. Oleh hal yang demikian kerana, reka corak disebalik tatu dekoratif Iban merupakan kepentingan kajian yang utama untuk mengetahui kesemua makna motif-motif tatu Iban, cara penghasilan, dan peralatan yang digunakan. Hal ini dapat dirumuskan bahawa tatu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kaum Iban di Daerah Tatau dan sebagai tanda kejayaan seseorang bagi masyarakat iban di Daerah Tatau. Di samping itu, kajian ini dapat dijadikan panduan kepada generasi yang akan datang untuk megetahui tentang budaya bertatu dalam kalangan masyarakat Iban di Daerah Tatau, motif-motif yang tersirat di dalam setiap jenis tatu yang dicacah, cara-cara bagai mana masyarakat iban ketika dahulu mencacah tatu dan peralatan yang digunakan untuk mencacah tatu pada ketika itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan